Monday 11 June 2012

LIKE Facebook Robby Tandang.
Klik logo Facebook di bawah.

 

-Admin-

Saturday 9 June 2012

Program Ngabang ke Rh Suyung, Rh Lunyai & Rh Sg Rian


Bekenu, 9 Jun - Robby Tandang bersama-sama PAS Kawasan Sibuti berkesempatan menziarahi 3 buah rumah panjang di sekitar kawasan Bekenu hari ini. Ziarah bersempena Gawai ini, atau lebih dikenali sebagai program "Ngabang", telah menziarahi Rh Rh Suyung, Rh Lunyai & Rh Sg Rian.

Kehadiran Robby dan rombongan ngabang disambut meriah oleh penghuni-penghuni ketiga-tiga rumah panjang ini. Salah seorang daripada penduduk rumah panjang ini menyebut bahawa kebanyakan penghuni di sini mahu melihat perubahan di Parlimen Sibuti ini dan mereka percaya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mampu membawa perubahan yang lebih baik, berdasarkan kepada rekod bersih PAS di Kelantan dan Kedah.

Selain itu, mereka juga menyatakan kekecewaan mereka terhadap janji manis yang ditaburkan oleh Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal untuk memberikan RM20,000 kepada wanita di Rh Suyung pada pilihanraya lepas, tapi sehingga kini janji tersebut masih belum ditunaikan. 

Sambutan baik oleh penduduk di Bekenu jelas membuktikan bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan BN dan yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat.

AYUH BERUBAH!

-ADMIN-
 

Thursday 31 May 2012

Selamat Hari Gawai!

Selamat Hari Gawai
Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang


Pasar Bekenu ceria sambut Robby


20hb Mei – Calon rakyat, Saudara Robby Tandang telah melanjutkan siri jelajah beliau ke Pasar Bekenu pada pagi ini. Beliau diiringi tetamu khas, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia telah menyantuni para pengunjung dan peniaga di pasar pagi Bekenu dengan penuh mesra dan santai.

Berbekalkan beberapa risalah PR dan kalendar peribadi beliau yang begitu hangat kini di sekitar Parlimen Sibuti, Saudara Robby mendekati masyarakat pelbagai bangsa di sana dalam mendengar rintihan dan permasalahan para pengundi yang jelas masih memerlukan pembelaan daripada wakil rakyat mereka.

Di samping itu, rombongan Pemuda PAS ini juga telah melakukan tinjauan isu-isu setempat dalam merekodkan masalah rakyat di Parlimen Sibuti secara sistematik agar apabila tiba masanya untuk Saudara Robby menjadi YB bagi Sibuti kelak, isu-isu dan suara rakyat Sibuti ini dapat diperjuangkan oleh beliau di Parlimen Malaysia dengan berkesan.

Ziarah calon rakyat ini diakhiri dengan kudapan ringkas di sebuah restoran popular di Pekan Bekenu bersama penyokong-penyokong PAS di Sibuti.

-Admin-

Friday 25 May 2012

Robby Disambut Meriah di Bazaar Niah


19hb Mei – Saudara Robby Tandang, calon rakyat untuk Parlimen Sibuti disambut meriah oleh penduduk di Bazaar Niah sempena program ‘Bersama Rakyat’ di sana pagi tadi. Lebih 100 orang telah menghadiri majlis ‘Santai Bersama Robby’ di sebuah restoran popular di bandar ini. Turut menyerikan majlis pagi pagi tersebut ialah 2 orang anak ulama’ besar Malaysia iaitu Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak lelaki Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi, anak lelaki Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Program ‘Santai Bersama Robby’ ini telah dihadiri oleh penduduk Sibuti dari pelbagai kaum menunjukkan sokongan padu rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam menerajui perubahan di kawasan parlimen ini yang kurang mendapat perhatian BN selama ini. Dalam ucapan beliau, Robby menegaskan bahawa penduduk di Parlimen Sibuti tidak perlu takut kepada PAS walaupun ia sebuah parti Islam kerana sememangnya ajaran Islam bukanlah semata-mata untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua tanpa mengira kaum dan agama. “Keadilan Islam bukanlah untuk orang Islam sahaja, tetapi untuk semua”, tegas beliau.

Dalam masa yang sama, Ustaz Nik Abduh pula menegaskan bahawa rakyat di Sibuti perlu berubah untuk masa depan yang lebih cerah. “Walaupun telah lama memerintah Sarawak, BN masih gagal mengatasi masalah kemudahan asas dan kemiskinan di negeri ini walaupun Sarawak negeri kaya”, jelas beliau. “Kita perlu ubah baju, baju lama (BN) sudah berkulat, kalau dibasuh, akan terus koyak, kita kena pakai baju baru (PR)!”, tambah beliau, disambutkan tepukan gemuruh para hadirin. Ustaz Nik Abduh juga berkongsi bahawa walaupun lebih 20 tahun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, hanya seorang daripada 10 orang anak beliau yang mempunyai kediaman milik sendiri.”Ketua Menteri Sarawak, bagaimana pula?” tegas beliau sambil disambut teriakan, “Semua Taib rompak!” oleh hadirin.

Program “Bersama Robby” kemudiannya diteruskan dengan ‘walkabout’ ke setiap premis kedai di seluruh Bazaar Niah untuk bermesra dengan rakyat dan mengedarkan risalah penerangan PR. Penduduk yang ditemui jelas amat senang dengan calon rakyat, Saudara Robby Tandang yang mudah mesra dan ramah dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.
Program yang mendapat sambutan hangat penduduk Sibuti ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama Saudara Robby di restoran yang sama dan penyampaian 10 unit Radio Free Sarawak kepada ketua-ketua kaum yang hadir pada majlis tersebut.

-Admin-

Selamat Datang ke Blog Saya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Tuan-tuan & Puan-puan yang dihormati,

Terima kasih saya ucapkan atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan mengunjungi blog rasmi saya ini. Blog ini saya tujukan khas untuk semua penduduk Parlimen Sibuti (P.218) untuk mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan perjuangan saya dan PAS di kawasan ini.

Blog ini juga dalam masa yang sama bertujuan memberi makluman kepada rakyat di kawasan Sibuti tentang aktiviti-aktiviti saya bersama rakyat di sini tanpa mengira kaum dan agama. Saya berhasrat untuk menjadi suara rakyat Sibuti dalam mengetengahkan isu-isu setempat di sini yang sememangnya memerlukan pembelaan dari pihak berwajib. Walaupun hampir 50 tahun diwakili oleh wakil rakyat BN, Sibuti masih menghadapi pelbagai masalah khususnya dari aspek kemudahan asas, pendidikan dan kemiskinan. Ini adalah antara relung khidmat yang ingin saya perjuangkan dan tawarkan kepada rakyat Sibuti di masa depan.

Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan akan terus sudi meluangkan masa mengunjungi blog ini sebagai tanda sokongan tuan-tuan dan puan-puan kepada perjuangan rakyat Sibuti ini khususnya dan Sarawak amnya. Semoga segala usaha kita ini mendapat restu dari-Nya menuju “baldatun toyyibatun, wa rabbun ghaffur – Negara yang baik dan mendapat keampunan Tuhan”

PAS UNTUK SEMUA