Thursday 31 May 2012

Pasar Bekenu ceria sambut Robby


20hb Mei – Calon rakyat, Saudara Robby Tandang telah melanjutkan siri jelajah beliau ke Pasar Bekenu pada pagi ini. Beliau diiringi tetamu khas, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia telah menyantuni para pengunjung dan peniaga di pasar pagi Bekenu dengan penuh mesra dan santai.

Berbekalkan beberapa risalah PR dan kalendar peribadi beliau yang begitu hangat kini di sekitar Parlimen Sibuti, Saudara Robby mendekati masyarakat pelbagai bangsa di sana dalam mendengar rintihan dan permasalahan para pengundi yang jelas masih memerlukan pembelaan daripada wakil rakyat mereka.

Di samping itu, rombongan Pemuda PAS ini juga telah melakukan tinjauan isu-isu setempat dalam merekodkan masalah rakyat di Parlimen Sibuti secara sistematik agar apabila tiba masanya untuk Saudara Robby menjadi YB bagi Sibuti kelak, isu-isu dan suara rakyat Sibuti ini dapat diperjuangkan oleh beliau di Parlimen Malaysia dengan berkesan.

Ziarah calon rakyat ini diakhiri dengan kudapan ringkas di sebuah restoran popular di Pekan Bekenu bersama penyokong-penyokong PAS di Sibuti.

-Admin-

1 comment: