20hb Mei – Calon rakyat, Saudara Robby
Tandang telah melanjutkan siri jelajah beliau ke Pasar Bekenu pada pagi ini.
Beliau diiringi tetamu khas, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua
Pemuda PAS Malaysia telah menyantuni para pengunjung dan peniaga di pasar pagi
Bekenu dengan penuh mesra dan santai.
Berbekalkan beberapa risalah PR
dan kalendar peribadi beliau yang begitu hangat kini di sekitar Parlimen Sibuti,
Saudara Robby mendekati masyarakat pelbagai bangsa di sana dalam mendengar
rintihan dan permasalahan para pengundi yang jelas masih memerlukan pembelaan
daripada wakil rakyat mereka.
Di samping itu, rombongan Pemuda
PAS ini juga telah melakukan tinjauan isu-isu setempat dalam merekodkan masalah
rakyat di Parlimen Sibuti secara sistematik agar apabila tiba masanya untuk
Saudara Robby menjadi YB bagi Sibuti kelak, isu-isu dan suara rakyat Sibuti ini
dapat diperjuangkan oleh beliau di Parlimen Malaysia dengan berkesan.
Ziarah calon rakyat ini diakhiri
dengan kudapan ringkas di sebuah restoran popular di Pekan Bekenu bersama
penyokong-penyokong PAS di Sibuti.
-Admin-
Typo.ustz nik abduh
ReplyDelete