19hb Mei –
Saudara Robby Tandang, calon rakyat untuk Parlimen Sibuti disambut meriah oleh
penduduk di Bazaar Niah sempena program ‘Bersama Rakyat’ di sana pagi tadi.
Lebih 100 orang telah menghadiri majlis ‘Santai Bersama Robby’ di sebuah
restoran popular di bandar ini. Turut menyerikan majlis pagi pagi tersebut
ialah 2 orang anak ulama’ besar Malaysia iaitu Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
anak lelaki Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Ustaz
Abdul Khalil Abdul Hadi, anak lelaki Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Program ‘Santai
Bersama Robby’ ini telah dihadiri oleh penduduk Sibuti dari pelbagai kaum
menunjukkan sokongan padu rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam menerajui
perubahan di kawasan parlimen ini yang kurang mendapat perhatian BN selama ini.
Dalam ucapan beliau, Robby menegaskan bahawa penduduk di Parlimen Sibuti tidak
perlu takut kepada PAS walaupun ia sebuah parti Islam kerana sememangnya ajaran
Islam bukanlah semata-mata untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua tanpa
mengira kaum dan agama. “Keadilan Islam bukanlah untuk orang Islam sahaja,
tetapi untuk semua”, tegas beliau.
Dalam masa yang
sama, Ustaz Nik Abduh pula menegaskan bahawa rakyat di Sibuti perlu berubah untuk
masa depan yang lebih cerah. “Walaupun telah lama memerintah Sarawak, BN masih
gagal mengatasi masalah kemudahan asas dan kemiskinan di negeri ini walaupun
Sarawak negeri kaya”, jelas beliau. “Kita perlu ubah baju, baju lama (BN) sudah
berkulat, kalau dibasuh, akan terus koyak, kita kena pakai baju baru (PR)!”,
tambah beliau, disambutkan tepukan gemuruh para hadirin. Ustaz Nik Abduh juga
berkongsi bahawa walaupun lebih 20 tahun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
menjadi Menteri Besar Kelantan, hanya seorang daripada 10 orang anak beliau
yang mempunyai kediaman milik sendiri.”Ketua Menteri Sarawak, bagaimana pula?”
tegas beliau sambil disambut teriakan, “Semua Taib rompak!” oleh hadirin.
Program “Bersama
Robby” kemudiannya diteruskan dengan ‘walkabout’ ke setiap premis kedai di
seluruh Bazaar Niah untuk bermesra dengan rakyat dan mengedarkan risalah
penerangan PR. Penduduk yang ditemui jelas amat senang dengan calon rakyat,
Saudara Robby Tandang yang mudah mesra dan ramah dengan semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kaum.
Program yang
mendapat sambutan hangat penduduk Sibuti ini diakhiri dengan jamuan makan
tengahari bersama Saudara Robby di restoran yang sama dan penyampaian 10 unit
Radio Free Sarawak kepada ketua-ketua kaum yang hadir pada majlis tersebut.
-Admin-